Thursday, September 11, 2008

field report - MAJLIS PELANCARAN TABUNG AMAL PALESTIN

gimik perasmian


masyarakat KTSN khusyuk mliht video....
allahu akbar3x.....marilah b'juang utk PALESTIN
ustaz2 b'kumpul!!!


Salam....

Alhamdulillah...alhamdulillah.....selepas terawih (9/9/08)...maka terciptalah sejarah majlis pelancaran tabung amal palestin...dgn disempurnakan oleh Prof madya Dr Kadderi....

semua yg dirancang dgn izin Allah berjalan lancar....mjlis dimulakn dgn bacaan doa oleh akh al-fateh...kmudian dtruskn ucapan oleh ana n strusnya ucapn oleh Dr kadderi...beliau memberi sokongan yg padu t'hadap usaha para mahasiswa/i utk mnyemarakkan g program sbgini....



kmudian, gimik plancaran....dr kadderi mnyentuh rplika tgn...n simbolik pnyerahan replika wang yg d masukkan ke dlm tbung...tnde p'mulaan kutipn tabung...n slot muhasbh yg alhamdulillah b'jaye mmbangkitkn smngt muslimin n muslimat utk trus mmprjuangkn isu ini....



slps ini, insya'allah isu palestin akn trus dicanang n dilaungkn di mana2...shingga smua umat muslim di malaysia ini mnjadikn nye isu pribadi....



MARI SAMA2 kita BERJUANG UTK MERBUT KEMBALI TANAH SUCI AL-QUDS...

ALLAHU AKBAR....!!



maybe aftr this ROADSHOW PALESTIN d Kolej2 UKM n skitarnye...nantikn.....


ALLAHU AKBAR..!!!

Tuesday, September 9, 2008

"IFTAR"

Majlis Iftar Perdana

KARISMA KL

1429H/2008




Tarikh : 19 September 2008 (Jumaat)
bersamaan 19 Ramadhan 1429H

Masa : 6.30 petang hingga 10.00 malam

Tempat : Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Keramat (berdekatan LRT Jelatek)



Dijemput seluruh ahli KARISMA sekitar Kuala Lumpur menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis.


Barakallah alaikum fi Ramadhan...



Anjuran:
KARISMA Kuala Lumpur


"MAJLIS PELANCARAN"

MAJLIS PELANCARAN

"TABUNG AMAL PALESTIN"


Tarikh : 9 September 2008 (Selasa)
bersamaan 9 Ramadhan 1429H

Masa : Selepas solat Tarawih

Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM



Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir!!!

Marilah bersama-sama menjadikan isu ini sebagai isu peribadi bukan isu Palestin...


Sunday, September 7, 2008

Palestin : Masihkah kau ingat?

Assalamualaikum.

Pada 4 Sept 2008 bersamaan 4 Ramadhan 1429, alhamdulillah satu ceramah berjudul ' Palestin-Masihkah kau ingat?' telah diadakan di Kolej Tun Syed Nasir, UKM kampus KL. Ceramah yang sepatutnya diadakan di dewan telah ditukar ke surau kerana dewan digunakan untuk peperiksaan. Ceramah diadakan selepas solat isya ' dan tarawikh. Solat isya dan tarawikh di imamkan oleh seorang pelajar saudara Ahmad Tantawi, gemersik dan baik hafazannya, bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz al-Quran, Al-Mannar, Kelantan. Beliau sekarang mengambil jurusan perubatan dan sedang berada di tahun dua.

Ceramah ini dihadiri oleh pelajar-pelajar yang sedang menuntut dalam jurusan perubatan, farmasi dan Sains Kesihatan. Pada pembukaan ceramah saya ingatkan mereka bahawa mereka adalah merupakan 'creme de le creme' yang terbaik dari terbaik. Sewajarnya saya menjangkakan mereka ini satu hari nanti akan memacu isu Palestin di tengah masyarakat. Saya sarankan kepada mereka agar menganggap sesi ceramah ini sebagai TOT (training of trainers) untuk mereka terjun pula menjelaskan isu ini kepada masyarakat.

Oleh kerana mereka ini merupakan golongan mahasiswa terpilih maka saya mengambil sedikit masa menjelaskan punca-punca kepada kebuntuan umat Islam di dalam menangani isu Palestin. Tiga pokok masalah yang menimpa umat Islam ialah lunturnya aqidah akibat pengasingan Islam dari kehidupan (sekularisasi) , tercabutnya ruh jihad dari kehidupan umat Islam (jihad menjadi istilah yang asing dan momokan) dan leburnya konsep umat yang menyatukan dunia Islam lalu diganti dengan konsep negara bangsa (nation states) akibat kesan penjajahan.

Mudah-mudahan penyampaian selama hampir 2 jam itu dapat membangkitkan kesedaran dan memacu usaha bersungguh-sungguh di kalangan mahasiswa untuk memperjuangkan isu Palestin dan masjid al Aqsa.


Dr Hafidzi Mohd Noor



Sumber : http://www.lambaian-islah.blogspot.com/


ANTARA DUA


dua entiti,

wasilah dan hadaf,

dua hala

tarbiyyah dan tanzim

dua komitmen

matlamat dan arah tuju

murabbi atau mutarabbi,

dakwah atau dai'

YA ALLAH terangkanlah hati hambamu

agar dijelaskan tujuan dan jalan....

Friday, September 5, 2008

Warkah awwalan

"(10)Wahai orang-orang beriman! mahukah kamu Aku(AlLah) tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (11) (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, itulah yang terbaik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui"(61:10-11)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdullilahi rabbil a'lamin...

Pertama-tama ingin diri ini bersyukur keHadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya akhirnya diizinkan Ilahi untuk blog KARISMA Kuala Lumpur dilancarkan dengan jayanya... Jazakumullahu khairan kathira ingin ana ucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Ukhti Fiza Hasni (k-IIC) dan akhi Wan Am (JIM IPT KL) yang sanggup bersusah payah untuk menghasilkan blog ini. Dari pihak KARISMA KL, ana ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi...

Ekstrak dari ayat quran di atas, telah jelas kepada kita bahawa untuk mendapat sesuatu yang berharga bukan mudah untuk mencapainya, malah banyak pengorbanan yang perlu dilakukan bak kata pujangga:

"Banyak pengorbanan yang kecil perlu dilakukan untuk meraih kejayaan yang besar"

Tidak cukup dengan mengimani bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Rasulullah itu pesuruh Allah, telah digariskan bahawa untuk menjadi golongan yang berjaya di dunia yang fana dan akhirat yang kekal abadi serta demi pengembangan dakwah dan tarbiyah, pengorbanan masa, wang, tenaga itu hanyalah permulaan... Dalam konteks untuk memudahkan lagi tugas dakwah ini, sebuah wadah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai K-KL telah ditubuhkan. Ditubuhkan atas inisiatif Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di bawah sekretariat Institut Pengajian Tinggi (JIM-IPT). KARISMA KL telah dilancarkan pada tarikh bersejarah 8/08/08. Ia diwujudkan atas kesedaran bahawa institusi pengajian tinggi merupakan salah satu medan pengislahan masyarakat yang penting ke arah pembinaan generasi soleh wa musleh.

Penubuhan KARISMA adalah sebagai wasilah bagi para pelajar kampus untuk menyemarakkan lagi usaha-usaha pengislahan dalam kampus khususnya dan masyarakat amnya.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, pihak JIM IPT melihat kepada keperluan untuk menubuhkan KARISMA Negeri bagi menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran K-IPT sekitar KL. Maka selepas syura JIM IPT KL, akhirnya seramai 15 orang dari IPT sekitar KL telah dipilih hasil saranan naqib dan naqibah masing-masing melihat kepada kemampuan dan fikrah...

Besar pengharapan dari saya kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya ahli jawatankuasa KKL yang telah diberikan kepercayaan untuk memegang amanah ini agar memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha bersama-sama mencari keredhaan Allah dengan mengembang-luaskan ISLAM kepada masyarakat terutamanya di Kota Metropolitan yang serba mencabar ini...

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Karisma KL agar semua pihak menyokong dan membantu usaha kami dalam menyampaikan risalah yang telah termaktub dalam quran dan As-Sunnah



salam ukhuwah


Muhammad Hafizul Amin Jimaain,
Pengerusi KARISMA Kuala Lumpur,
2nd year Dental USIM,
amin_ajmain88@yahoo.com


Tuesday, September 2, 2008

Karisma KL: terciptanya sejarah...


Salam,

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. Karisma Kuala Lumpur telah selamat dilancarkan pada 8 Ogos 2008 (080808) yang lalu bertempat di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Turut dilancarkan ialah 'anak' kepada Karisma Kuala Lumpur iaitu Karisma IIC (International Islamic College). Sempat juga aku menoleh kepada jam yang tergantung di dinding dewan.. wah! Jam menunjukkan 10.08 malam!!

Syukur juga kerana program berjalan lancar walaupun dalam suasana yang sederhana. Program dirasmikan oleh Yang Dipertua JIM Kuala Lumpur, Akh Roshasni Marjumat yang menyampaikan ucapan dengan cukup bersemangat. Kehadiran juga sangat memuaskan; adik-adik Karisma daripada IIC, USIM KL, UKM KL dan PPUKM. Turut serta ialah naqib dan naqibah JIM Daerah Batu dan Titiwangsa yang membawa usrah pelajar IPT yang terlibat.

Pada malam tersebut juga, pengumuman Ahli Jawatankuasa Penaja Karisma Kuala Lumpur sesi 2008/2009 telah dibuat. Akh Hafizul Amin (USIM KL) dan Ukht Athirah (UKM KL) telah dilantik menjadi Ameer dan Ameerah.

Perancangan penubuhan Karisma Kuala Lumpur sejak tahun 2005 lagi akhirnya telah menjadi kenyataan. Semoga semua AJK Penaja Karisma Kuala Lumpur yang telah dilantik dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.. Teruslah melakar sejarah.. menggiatkan usaha-usaha dakwah dan islah yang merentasi semua mahasiswa di bumi bertuah...

Salah satu amanahku sebagai Pengerusi JIM IPT KL sejak tiga lalu tertunailah sudah..Alhamdulillah...

Semoga diberkati Allah.


Akh Amirul sedang memberi ucapan sambil diperhatikan KM selaku emcee...



Akh Wan Am memberi penerangan ringkas mengenai KARISMA



Ahli-ahli KARISMA yang hadir...



Jawatankuasa KARISMA Kuala Lumpur



Jawatankuasa bersama KM, Makcik Hasnah, Makcik Zaidatul, Akh Wan Am dan Pak Hasni



-WaN aM-
100808
2.55 p.m.
Kuala Lumpur